history of independence - Dr Dzulkifli Ahmad et al
Bukan tokoh Umno saja perjuang kemerdekaan negara
Oleh Azamin Amin KUALA LUMPUR, 15 Sept (HARAKAH) -
Perjuangan menuntut kemerdekaan negara bukan sekadar 'dimonopoli' Umno semata, malah turut disumbang dan mendapat pengorbanan daripada para pejuang yang dianggap 'kiri' oleh penjajah British pada ketika itu.
Keberanian perlu ada untuk merungkai semula fakta sejarah dan memberi pertimbangan adil dalam mendedahkan pengorbanan para pejuang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam melalui pertubuhan-pertubuhan pimpinan mereka seperti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) untuk memerdekakan negara ini.
Jangan lupa jasa mereka... Dr Dzulkifli, Rustam Sani, Ronnie Liu dan James Wong dalam forum "Pensejarahan Semula Perjuangan Kemerdekaan" mahu sejarah dikaji semua dalam mengangkat dan menyanjung pejuang yang dilabel radikal dan 'kiri' yang dinafikan sejarah pengorbanan mereka yang turut menuntut kemerdekaan sebagai wira negara.
Inilah antara lontaran hujah dan perbincangan di antara ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkifli Ahmad; bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM),Rustam Sani; AJK DAP, Ronnie Liu dan Ketua Strategik Analisis Malaysia(SAM), James Wong dalam forum 'Pensejarahan Semula Perjuagan Merdeka' semalam.
Forum yang dianjurkan 'Youth for Change' (Y4C) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu dimoderatorkan oleh Lee Khai Loon dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan sedari awal bukanlah dipelopori oleh Umno/Perikatan tetapi pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan di labelkan radikal dan berhaluan kiri oleh British," kata Dr Dzulkifli.
"Perlu ada keberanian untuk mendedahkan perkara ini. Justeru, selagi mana fakta sejarah sebenar dirahsiakan dengan menonjolkan pejuang-pejuang kemerdekaan secara selektif; dengan menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan hanyalah dipelopori oleh pertubuhan moderat Melayu iaitu Umno, lantas menafikan peranan para pemimpin dan pertubuhan lain, maka selagi itulah semangat meraikan kemerdekaan secara bersama tidak akan tercapai," katanya lagi.
Kata beliau Umno dan Perikatan hanya menyambung usaha menuntut kemerdekaan daripada British setelah pemimpin-pemimpin yang dilabelkan radikal ini ditahan oleh British.
Rustam Sani pula mahu penafsiran dan definisi kemerdekaan dikaji semula dengan fikiran yang telus dan tajam supaya jati diri dan keperibadian bangsa Malaysia serta maksud kenegaraan sebenar dapat dicapai di samping mengelak pertembungan perbezaan, keistimewaan, hak dan konflik antara kaum dapat diatasi dengan sebaiknya.
"Sewajarnya kemerdekaan bukanlah dengan membahagi-bahagikan penduduk negara ini kepada kaum Melayu, Cina dan India yang menjurus ke arah konflik antara kaum dan inilah rangka kemerdekaan yang dimahukan oleh British pada masa itu," katanya.
Selain itu, isu sensitif perjuangan Parti Komunis Malaya bersama parti-parti nasionalis Melayu yang diharamkan telah mengangkat senjata menentang British turut dibincangkan demi memberikan keadilan dalam sejarah menuntut kemerdekaan.
"Bayangkan Ketua Polis Negara (KPN) yang pertama selepas merdeka menggelar anak tempatan seperti Adullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad sebagai pengganas," kata James Wong.
" Dia (KPN) adalah British yang lahir dari London dan ini hampir sama dengan Bush yang lahir di Amerika pergi ke Afganistan memanggil anak tempatan Osama ben Laden sebagai pengganas," katanya.
Dr Dzulkifli menegaskan pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya.
Secara sinis menyatakan kepada khalayak bahawa tidak mahu berlaku seperti pepatah 'The victor writes history, the loser writes poetry' (Yang juara menulis sejarah, yang kalah menulis sajak).
Majlis tersebut menjadi rancak apabila ahli panel dihujani dengan pelbagai soalan termasuk isu-isu sensitif tentang perjuangan Chin Peng dan Komunis berakhir sekitar jam 12 tengah malam. - lanh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home