Saya disapina oleh Suhakam pada 6 Oktober

Sebelum ini, saya telah memberi keterangan kepada pegawai Suhakam kerana saya merupakan orang yang pertama di tangkap oleh polis pada insiden berdarah hari Ahad, di mana Sdr Amran dan lain-lain dibelasah dengan begitu teruk olen FRU.

Hak perhimpunan adalah satu hak asasi manusia. Rakyat berhak mengudarakan sebarang bantahan tentang polisi atau langkah kerajaan yang dianggap kurang munasabah ataupun tidak adil kepada rakyat. inilah maksud demokrasi yang sebenar.
Tugas polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan. Keganasan dan kekerasan polis memang tidak boleh diterima oleh masyarakat umum.
Mudah-mudahan mereka yang menyalahgunakan kuasa akan dibawa ke mahkamah selepas "public hearing" yang dijalankan oleh Suhakam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home